WARRANTY NOTE & REGISTER WARRANTY

Salam Tuan/Puan,
Tujuan borang ini adalah untuk menyimpan rekod database setiap pembelian robot kit.
Anda perlu tahu akan perkara yang boleh dituntut dalam tempoh warranty anda.

MAKLUMAT PENTING WARRANTY
  1. Setiap produk keluaran “Mechabotics Enterprise atau Mechabotics Technology Sdn Bhd” mempunyai warranty mengikut tempoh tertentu dari tarikh pembelian.
    ** Mechabot Rush V3 – Waranty selama 6 bulan
    ** Edu Sumo Kit – Waranty selama 3 bulan
    ** Advanced Sumo Kit – Waranty selama 3 bulan
  2. Anda perlu mengisi segera borang ini untuk simpanan database kami selewatnya 30hari/1bulan dari tempoh pembelian. Sekiranya lewat dari tarikh tersebut, pihak kami boleh membatalkan warranty anda serta merta.
  3. Anda Wajib membuat Uji-Lari Asas untuk pengesahan fungsi Robot Kit.
  4. Sila Rujuk perkata yang “BOLEH” dan “TIDAK BOLEH” di jamin dalam tempoh diberikan.
  5. Anda juga perlu mengeluarkan Kos tertentu seperti Penghantaran/ Pertukaran barang sekiranya ada.
  6. Sila rujuk ke link website untuk maklumat lebih lanjut. www.mechabotics.com.my/warrantynote
RINGKASAN PERKARA YANG “BOLEH” DI JAMIN
  • Pembaikan Papan Elektronik & Komponen (LED/Button/Step Down) – 6 Bulan
    Kami komited untuk memastikan robot anda dalam keadaan baik dan boleh berfungsi tanpa masalah. Sekiranya masalah kerosakan pada Button/LED/Sensor/Switch/Step Down dan lain yang berkaitan, boleh hubungi team kami untuk bantuan. Pihak anda perlu menanggung kos penghantaran & kos pemulangan sekiranya diluar kawasan Skudai,Johor atau boleh Drop-off di office kami di Pulai Perdana 2, Skudai.
  • Pertukaran Robot Baru  – 7 hari pengesahan
    Pada hari penerimaan robot atau dalam tempoh 7 hari, anda perlu buat Uji-Lari Asas untuk memastikan produk yang diterima tiada masalah, sekiranya terdapat masalah. Sila rekod video dan hubungi team Mechabotics untuk pengesahan dan tindakan lanjut.
  • Modul Eletronik (Battery Checker, Bluetooth Module, Sensor Module) – 7 hari pengesahan
    Anda perlu buat semakan dalam masa 7 hari untuk menguji modul elektronik tersebut selepasa penerimaan, sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh tuntut gantian module elektronik tersebut. Selepas 7 hari dari pembelian, tiada jaminan diberikan kerana dianggap sebagai barang guna-pakai.
RINGKASAN PERKARA YANG “TIDAK BOLEH” DI JAMIN
  • DC Motor Terkini (G12 Motor) – 7 hari pengesahan
    Anda perlu buat semakan dalam masa 7 hari untuk menguji DC motor G12 tersebut selepas penerimaan, sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh tuntut gantian dari pihak Mechabotics. Selepas 7 hari dari pembelian, tiada jaminan diberikan kerana dianggap sebagai barang guna-pakai.
  • Battery Rechargeable – Serta Merta
    Pihak kami akan membuat Quality Check sebelum penghantaran dan memastikan battery dalam nilai 11.1volt keatas. Anda perlu rujuk cara penggunaan bateri dan cara untuk menjaga bateri tersebut agar tidak berlaku kerosakan. Penggunaan bateri adalah limit sehingga 11.0v sahaja dan perlu di caj segera sehingga mencapai nilai maximum 12.5v-12.6v.
    Sekiranya berlaku “under-voltage”, anda perlu menukar bateri baru. Hubungi Team Mechabotics untuk maklumat lanjut.
  • Arduino Nano Microcontroller – Serta Merta
    Pihak kami akan membuat Quality Check sebelum penghantaran dan memastikan tiada masalah. Kerosakan boleh berlaku atas faktor human-error seperti sambungan tambahan yang salah atau litar pintas tanpa sengaja. Kos pertukaran Arduino Nano perlu dikeluarkan oleh pihak pengguna.
  • Tiada Jaminan untuk Barangan Seperti di bawah
    Tiada jaminan untuk Kotak  Bungkusan/ Cable USB/ Sample Test Track/ Partition Foam/Screwdriver
Tarikh Kemaskini: 1 Mac 2023
Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi Kami:
Tel No: 0194387246 http://wasap.my/+60194387246/WarrantyIssue
Ada Pertanyaan?? Chat kami di WhatsApp