MECHABOTICS ENTERPRISE
MECHABOTICS ENTERPRISE ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2015 dengan No pendaftaran (JM0724772-A). Mechabotics jugak berdaftar dibawah kementerian kewangan. (No Perolehan: eP-0102F04DZ)
Perkhidmatan Mechabotics adalah
—> MEMBEKAL BARANGAN BERKAITAN ELEKTRONIK DAN MESIN
—> MENYEDIAKAN KHIDMAT PEMBANGUNAN
—> SEWAAN PERALATAN
—> TENAGA PENGAJAR BERKAITAN ELEKTRONIK, PROGRAMMING DAN REKA BENTUK.
Mechabotics juga menjalinkan Kerjasama dengan Kelab-Kelab Robotik di Malaysia dan berhasrat akan menjadi salah satu pengeluar set robotik dan alat pembelajaran berasaskan RBT dan Robotik.
ARDUINO / ARDUINO IDE
APA ITU ARDUINO?
Arduino adalah platform elektronik (open-source) berdasarkan perkakasan dan perisian yang mudah digunakan.
Board Arduino dapat membaca input dan mengubahnya menjadi output. Semua arahan menghantar ke mikrokontroler di papan.
Dengan board yang dikeluarkan seperti Arduino Uno, Nano, Mega dan lain-lain, Semua board ini serasi dan disokong oleh Arduino Software (IDE).
MECHABOT RUSH V3
APA ITU MECHABOT RUSH?
MECHABOT RUSH adalah set pembelajaran robotik yang direka khas menyerupai konsep kereta. Terdapat banyak fungsi yang boleh dipelajari dari peringkat awal sehingga mahir.
Antara fungsi yang tersedia adalah 2 LED(Merah & Biru), 2 Button, 1 Buzzer, 2 Motor Pergerakan, 5 Channel Line Sensor, serta pin tambahan yang tersedia seperti bluetooth untuk kawalan menggunakan Apps dan penggunaan Gripper.
Mechabot Rush juga tidak terhad kepada fungsi tersedia dimana terdapat beberapa extension shield dimana penambahan dapat dibuat mengikut keperluan pengguna. Antara extension shield yang dikeluarkan adalah seperti
I/O Rush Shield, Sensor Rush Shield, OLED Display, 7xLED Rush Shield dan PS2 Rush Shield.
Rajah dibawah menunjukkan beberapa aksessori untuk Mechabot Rush (barang ini dijual secara berasingan)
TINKERCODE.MY
APA ITU TINKERCODE?
TINKERCODE merupakan platform programming seperti Ardublock, Mblock, Scratch dan lain. Platform programming ini berasakan BLOCK atau Graphical Block dimana ia amat mudah difahami oleh penggunaan daripada peringkat sekolah rendah hingga dewasa.
Apa yang menarik mengenai TinkerCode ini, platform ini tersedia secara ONLINE dan juga OFFLINE. Pengguna yang menggunakan ONLINE platform, akan tersedia dengan update terkini manakala OFFLINE lebih kepada fasa pengujian. Dua-dua ini boleh digunakan mengikut kesesuaian tempat dan masa.
Segala details dan software installer boleh didapati terus daripada link website tinkercode.my
Link(ONLINE): https://app.tinkercode.my/
OFFLINE: http://localhost:5749/ (Need to run App software first)
TAMAT TOPIC 1 PENGENALAN
DOWNLOAD PDF TOPIC 1 PENGENALAN