OBJEKTIF: Belajar cara bagaimana untuk Mengaktifkan 2 Button Input dan penggunaan Delay dan Forever Do didalam block.
Forever Do adalah fungsi untuk memastikan arahan tertentu akan berulang -ulang sehinga ada arahan berhenti atau button RESET ditekan
SAMBUNGAN DARIPADA TOPIC 4.2
Block akan diubah daripada block di topic 4.2
LANGKAH 12
Drag block Delay(1000) dan letak dibawah block Rush Buzzer(ON), ini adalah tempoh masa untuk Buzzer ON
Drag block Rush Buzzer(OFF),
Drag block Delay(1000) yang kedua untuk tempoh masa untuk Buzzer OFF
LANGKAH 13
Tekan UPLOAD untuk Update arahan yang baru.
Untuk melihat hasil daripada Block yang terkini.
Selepas berjaya Upload coding,
(fokus pada Button1 Sahaja)
Tekan Button 1, Buzzer akan Berbunyi selang 1 saat dan tidak berbunyi jika Button1 dilepaskan.
Tidak tekan Button1, Buzzer tidak Berbunyi
LANGKAH 14
Drag block Forever Do dan diletak didalam if-do Button1
Ubah dan tukarkan kedudukan Rush Buzzer(ON), Delay(1000), Rush Buzzer(OFF), Delay(1000) diletakkan di dalam block Forever Do
Programming Term:
Looping/ Loop Forever = Forever Do
LANGKAH 15
Tekan UPLOAD untuk Update arahan yang baru.
Untuk melihat hasil daripada Block yang terkini.
Selepas berjaya Upload coding,
(fokus pada Button1 Sahaja)
Tekan Button 1, Buzzer akan Berbunyi selang 1 saat dan kekal berbunyi walaupun Button1 dilepaskan.
Tidak tekan Button1, Buzzer tidak Berbunyi
BRAVO! Anda Telah Berjaya!!
Ayuh Ke Pembelajaran Seterusnya!